2014 bakal menjadi tahun yang
mencabar dari segi kos sara hidup dan biarpun penceramah motivasi mengingatkan
kita agar jangan menonton TV sampai 5 jam, tiada salahnya untuk kita berehat
seketika sekadar melepas penat lelah dan kemudian kembali bekerja keras, meraih
ilmu atau sibuk dengan pelbagai perkara yang berfaedah.
Berikut merupakan senarai
siri-siri baru yang akan mewarnai scene drama tempatan dan juga antarabangsa.
Tanpa prejudis, senarai ini dikongsi sekadar untuk memberikan pilihan dan
gambaran awal tentang apa yang bakal dicerna dari kaca TV untuk tahun 2014. Ini
bukanlah senarai cadangan kerana kebanyakkannya masih belum disiarkan jadi
belum boleh ditentukan sama ada berbaloi untuk ditonton atau tidak. Saya tidak
memberikan sebarang deskripsi untuk drama tempatan kerana judul dramanya membolehkan
kita menganggak temaya. Apatah lagi majoritinya diadaptasi dari novel tempatan
jadi bukan satu roket sains untuk membuat ramalan.
Drama Tempatan:
1. Ariana Rose - novel The Wedding
Breaker
2. Aku Isterinya - novel Aku Bukan
Mistress
3. Jika Itu Takdirku
4. Kalimah Jiwa
5. Projek Memikat Suami
6. Cerita Cinta Kita
7. Suamiku Perfect 10
8. Romi Cinta Julia
Drama Antarabangsa:
1. The Last Ship
Misi sekumpulan krew kapal perang
yang mencari penawar untuk virus yang mengorbankan 80% penduduk dunia.
Diterbitkan oleh Michael Bay. Michael Bay turut menerbitkan satu lagi drama
bersiri untuk tahun 2014, ‘Black Sails'.
2. Better Call Saul
Siri spin-off dari drama popular,
Breaking Bad. Saul Goodman, seorang peguam yang licik menyelesaikan isu-isu
anak guamannya.
3. Enlisted
Kisah komedi tentang 3 orang adik
beradik yang bertugas sebagai tentera dan ditempatkan di pangkalan yang sama. Salah
seorang daripada mereka terpaksa memimpin sekumpulan tentera yang agak
bermasalah.
4. Rake
Diadaptasi dari siri Australia,
mengisahkan seorang peguam yang brilliant tapi screw up dengan self-destructive
behavior.
5. Extant
Siri sains fiksyen tentang seorang
astronaut yang kembali ke bumi. Diterbitkan oleh Steven Spielberg.
6. Helix
Kisah thriller sekumpulan saintis
yang ditugaskan di makmal khas untuk menyiasat potensi deadly virus.
Sebaliknya, mereka diuji dengan situasi hidup-mati dan kesannya yang mungkin menimpa
populasi bumi.
7. Mind Games
Dua adik beradik memberikan
perkhidmatan konsultansi untuk mengubah kehidupan pelanggan dengan mengunakan
psikologi dan manipulasi kejuruteraan sosial. Seorang genius dan seorang lagi,
ex-con. Keputusannya – syarikat konsultansi!
8. True Detective
Dari senarai ini, persaingan
sengit dapat dilihat dari drama-drama baru yang bakal ditayangkan di US. Selain
bersaing dengan musim baru drama-drama popular yang sudah established seperti
The Walking Dead, Suits, Under the Dome, Game of Thrones dan sebagainya,
penerbit memilih tema-tema yang lebih adventure dan rebel. The Last Ship dan
Helix mengenai risiko berakhirnya ketamadunan serta Better Call Saul dan Rake
tentang peguam yang cuba menyelesaikan isu anak guamannya at all cost.
Penyertaan Michael Bay dan kemasukan semula Steven Spielberg ke scene drama tv
mungkin menjadi satu exodus untuk penerbit filem untuk meneroka drama TV yang
lebih luas sasaran penontonnya. Sekadar meminjam ayat sahabat saya, menonton
drama TV ini is to let the character grow in you. Saya berharap biarlah
karakter yang baik dan produktif sahaja yang grow. Buatnya yang grow dalam diri
ini jenis yang menganiaya pasangan yang dikahwini secara paksa dan bermain seks
dengan yang lain, haru jadinya.
Untuk drama tempatan pula, er saya
tidak ada komen. Sekadar menjelaskan, saya tidak dapat membuat perbandingan
genre atau tema yang sama dalam artikel terdahulu disebabkan di US, tidak ada
tema siri popular yang berdasarkan cinta 100%. Cinta sekadar perisa tambahan
dan babak emosinya tidak berlebihan. Kalau ada sekalipun, maka mesej utama yang
cuba diterapkan mungkin tidak sampai. Lagipun perbandingan dibuat antara drama
popular tempatan dan drama popular US. Saya ulangi sekali lagi, perbandingannya
adalah berkisarkan tentang DRAMA POPULAR. Dari sini, kita dapat melakukan
pemerhatian dan membentuk hipotesis awal tentang pembudayaan drama TV satu-satu
masyarakat. Dan suka saya nyatakan apa yang saya buat bukan untuk merendahkan
bangsa sendiri. Meminjam ayat sahabat saya, saya cuma mengeletek pemikiran
individu. Lebih baik dilukakan sedikit dengan pisau lipat (kritikan) dari
membiarkan diri ditusuk pedang samurai beratus-ratus kali (status quo).
Seperti yang kita sedia maklum, di
US drama TV diberi hayat tertentu. Ada rancangan yang dibatalkan biarpun belum
lengkap semusim. Maka, penerbit, pengarah dan penulis skripnya bekerja keras
dalam memastikan kesinambungan karya mereka. Ini mewujudkan satu mutu kerja
yang berkualiti. The survival of the fittest, so to speak. Drama TV di Malaysia
pula mengambil pendekatan yang berbeza. Tidak ada ultimatum begini, asalkan
mengikut landasan yang sama, ada potensi untuk terus diminati. Namun
keghairahan menonton drama sebegini tidak dapat dipanjangkan atau ringkas kata,
short live. Tidak ada sambungan musim ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya kerana idea
dan skop penceritaan mudah disimpulkan - Pasangan yang sebelum ini bermain seks
dengan orang lain, kini insaf dan bahagia bersama. End of story.
Begitulah apa yang ada di stor
tahun 2014. Dijangkakan tiada perubahan radikal mahupun evolusi walau sekelumit
di scene drama tempatan. Sementara persaingan sengit di drama US memungkinkan
lebih banyak revolusi tercetus dengan tema perceritaan menjadi lebih saintifik
dan menarik. Tahun 2014 akan jadi tahun yang mencabar dengan kos kehidupan
semakin meningkat, jadi sekurang-kurangnya pastikan anda memilih hiburan
berprestasi tinggi dan berpotensi untuk memberikan inspirasi untuk bekerja
keras dan menghasilkan idea bernas. Ya, anda boleh memilih untuk terus horny
dengan emosi tetapi berpada-padalah. Emosi berlebihan mungkin menyebabkan
ejakulasi pramatang apabila cuba merembes emosi sebenar di kemudian hari. Jadi,
cubalah variasi baru dan serap lebih bahan berinspirasi.
Selamat Menonton dan Selamat Tahun
Baru 2014!
Pandangan yang cukup bernas. Saya setuju dengan apa yang diluahkan berkenaan drama tempatan (Melayu). Dari zaman tahun 90'an dulu, tema drama popular Melayu tak pernah berubah. Balik-balik kisah percintaan yang tak berkesudahan. Bosan. Then, common scene kat Cerekarama, sembang lebat projek juta-juta kat Kencana Holdings.
ReplyDelete