Monday, June 2, 2014

Kerana Terpaksa Aku Rebelkan

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Nur Anarki yang juga seanarki namanya. Kerana konflik keluarga melibatkan ibu dan kakak tirinya, Nur Anarki memutuskan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tiba di Kuala Lumpur, Nur Anarki secara tidak sengaja bertemu dengan Datuk Ahmad. Datuk Ahmad melantiknya sebagai P.A. Nur Anarki merasakan tawarannya hanya disebabkan beliau memiliki rupa. Tapi, what the hell, dengan gaji sebanyak RM6000 sebulan beliau bersetuju. Gaji dulu, moral kemudian.

Nur Anarki bagaimanapun bekerja keras untuk membuktikan dia turut mempunyai merit. Kerana sikap rebelnya, dia kerap menyindir anak-anak Datuk Ahmad yang mempunyai rupa, gaya dan jawatan tinggi secara automatik namun asyik berdrama dan mengelamun di pejabat. Salah seorang anak Datuk Ahmad, yang juga seorang Datuk bernama Datuk Kamar jatuh hati kepadanya, Nur Anarki bagaimanapun berkata dari jam 8 pagi sehingga 8 malam I'm here all for work and I have no time for these shit. Datuk Kamar sedih, namun beliau berdendam. Sehingga menyebabkan Nur Anarki dibuang kerja kerana Insubordination.

Nur Anarki memfailkan pemberhentian kerja secara tidak adil di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan. Beliau sendiri yang membawa kesnya di mahkamah perusahaan. Dengan hujah kreatif serta sikap rajin Nur Anarki yang gemar merekod aktiviti dan mengarkib kesemua dokuman, Datuk Kamar dimalukan di mahkamah kerana beliau kerap melakukan ganguan seksual terhadap pekerja-pekerja wanita di syarikatnya. Datuk Ahmad malu dan bimbang kerana ini boleh menjejaskan peluangnya untuk menang bertanding sebagai ketua bahagian Ameno. Dia bersetuju dengan amicable settlement sebanyak 24 bulan gaji tambah RM300,000 ribu serta 3 tahun gaji tanpa perlu bekerja. Ini sesuatu yang agak unprecedented bagi penyelesaian di luar mahkamah untuk kes mahkamah perusahaan Peh!

Nur Anarki pun gembira dan bercadang untuk tidak kembali segera ke bekerja sebaliknya melancong, membaca dan menulis. Menangis? what the hell. Crying is for pussy - itu yang tertulis di diari Nur Anarki.

Friday, April 4, 2014

Mereka Kata

Mereka Kata

Mereka kata buku tanpa guru
maka syaitanlah pemandu,
tak peduli fikiran beku
sendiri sanggup dicandu.

Mereka kata sains itu sekular
dan teknologi itu mencabar yang satu,
biar yang lain meneliti jirim, jisim dan solar
sendiri berjalan tanpa sepatu.

Mereka kata jangan guna akal
nanti sesat beribu batu,
dogma dan sifar cekal
sendiri rela memeluk buntu.

Mereka kata jangan persoal
mentafsir itu hak pak guru,
dimomok, diugut dan dikawal
sendiri pasrah pada celaru.

Mereka kata non-believer
wajar dijauh, jangan dimesra jiwa dan raga,
sifar jalan hikmah, pesan tanpa sabar
sendiri menender siapa ke neraka dan siapa ke syurga.

Mizan. Shah Alam, 10.46 PM

Sunday, January 5, 2014

Bagaimana Realiti TV Menjejaskan Generasi Pemuzik & Masyarakat


It is destroying the next generation of musicians! kata Dave Grohl, frontman kumpulan Foo Fighters ketika merujuk kepada program Realiti TV, The Voice. Tegas beliau, pemuzik sepatutnya menjadi 'true' kepada diri sendiri instead dari mengejar kesempurnaan dan dijadikan tumpuan dramatik dalam Realiti TV. Majoriti program Realiti TV hanya berkisar kepada penyanyi yang tekun kepada harapan program, populariti segera serta komen-komen dari juri. "You kena zahirkan muka you macam lelaki yang hilang arah bertahun lamanya", "Oh I love the way you bermain mata dengan audien" dan banyak lagi komen-komen yang senada. Jadi, isu ini perlu dibincangkan dan sebagai perisa tambahan, diselitkan juga kenapa berita-berita hiburan yang memberi fokus kepada gosip dan isu peribadi selebriti boleh memberi kesan yang tidak produktif kepada masyarakat. 

Sebagai penafian, artikel ini bukan hendak mempromosi budaya hedonisme. Bahkan untuk mengurus zon hiburan diri agar terkawal dari emosi dan pelbagai perkara berkaitan hiburan yang tidak produktif.

Realiti Sebenar Program Realiti TV

Beribu-ribu orang berbaris menanti giliran mereka diaudisyen. Kemudian mereka menyanyi sepenuh hati selama beberapa saat sebelum ditentukan sama ada layak ke saringan seterusnya. Tiba di peringkat akhir, salah seorang akan disingkirkan hampir setiap minggu. Emosi dan unsur dramatik dikapitalkan sepenuhnya di peringkat ini. 

Untuk melahirkan ‘bintang' ini pula, Pengacara berkhutbah mengingatkan penonton agar segera mengundi atau salah satu peserta kegemaran mereka akan tersingkir. Seolah-olah beban emosi dipindahkan sepenuhnya kepada penonton. Rumusannya, majoriti terkenal dengan segera dan hilang dari radar utama hiburan juga dengan segera. 

Pemuzik

Awal 60-an, John Lennon dan Paul McCartney berganding bahu menulis lagu The Beatles dan jumlah keseluruhan lagu yang ditulis mencecah lebih 160 buah lagu. Semasa tahun-tahun formatif The Beatles (1960 - 1964), mereka melakukan lebih kurang 1,200 persembahan pentas. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tanpa syak lagi adalah ikon produktiviti pemuzik negara apabila menghasilkan 360 buah lagu meskipun mempunyai komitmen pengarahan dan lakonan filem. Loque dari Butterfingers/Monoloque yang berkelulusan Ijazah double major dalam music synthesis dan composition ini pula gemar bereksperimen menerusi muzik. Pengalaman dan pengetahuannya terserlah bila memberi komen yang padat dengan pengetahuan muzik di rancangan muzik Versus bagaikan beliau seorang wikipedia muzik yang bergerak.

Contoh-contoh diatas adalah kenapa program hiburan dan masyarakat perlu mengutamakan pemuzik berbanding penyanyi semata-mata yang bergraduan dari program Realiti TV. The Beatles, P. Ramlee, Loque serta banyak lagi pemuzik bermula dengan kerja keras dan menghasilkan karya-karya sendiri dan disebabkan itulah Dave Grohl mengatakan The Musician Comes First! 

Tanpa karya sendiri, warisan pencapaian berkemungkinan besar akan terhad kepada hanya populariti segera tetapi sementara. Dari sekian banyak graduan Realiti TV tempatan, hanya segelintir sahaja yang memberikan impak. Namun, penerbit Realiti TV tetap mempertaruhkan formula yang sama. Disebabkan itu, kritikan Dave Grohl ada meritnya. 30 atau 40 tahun akan datang, mampukah masyarakat menerangkan pengalaman seni mereka sendiri? Di mana pemuzik seperti Led Zeppelin, P. Ramlee, The Beatles, The Rolling Stones, Bob Dylan dan Sudirman untuk versi awal abad ke-21? Kenapa ada jurang kreativiti yang berdekad lamanya? Adakah masyarakat ketika itu hanya mampu menjawab mereka hanya obses menonton Realiti TV? Atau bertahan dengan alasan klasik bahawa semua ini adalah disebabkan adanya permintaan?

Disebabkan itu, Realiti TV boleh menjejaskan penghasilan Generasi pemuzik dan merendahkan nilai pengalaman seni untuk masyarakat. Penonton yang bersorak dan mengalir air mata akhirnya menyedari bintang mereka hanya terang sekejap. Sementara pemuzik dan penyanyi perlu meneroka cara yang ‘true' untuk berkarya instead berbaris beribu-ribu untuk diaudisyen. Mujurlah Yuna walau disingkirkan di peringkat the last 40 oleh satu program Realiti TV menemui jalan sendiri sehingga lebih menyerlah dari mana-mana juara yang dihasilkan oleh Realiti TV. Dan Yuna melakukan semua ini tanpa perlu mendengar komen-komen juri dan terikat dengan rayuan secara telepati iaitu 'undilah saya atau saya tersingkir sambil rakan peserta dan penonton menangis'.

Tentukan sendiri pilihan anda, sama ada mahu menikmati karya yang true atau terus menjadi bahan sasaran Realiti TV. Akhir kata, dengar dan nikmatilah persembahan muzik agar lebih bersemangat. Bukannya diliwat emosi akibat penyingkiran peserta. 

- Mizan Hashri

Tuesday, December 31, 2013

Drama TV 2014: Revolusi, Evolusi & Gambaran Awal


2014 bakal menjadi tahun yang mencabar dari segi kos sara hidup dan biarpun penceramah motivasi mengingatkan kita agar jangan menonton TV sampai 5 jam, tiada salahnya untuk kita berehat seketika sekadar melepas penat lelah dan kemudian kembali bekerja keras, meraih ilmu atau sibuk dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

Berikut merupakan senarai siri-siri baru yang akan mewarnai scene drama tempatan dan juga antarabangsa. Tanpa prejudis, senarai ini dikongsi sekadar untuk memberikan pilihan dan gambaran awal tentang apa yang bakal dicerna dari kaca TV untuk tahun 2014. Ini bukanlah senarai cadangan kerana kebanyakkannya masih belum disiarkan jadi belum boleh ditentukan sama ada berbaloi untuk ditonton atau tidak. Saya tidak memberikan sebarang deskripsi untuk drama tempatan kerana judul dramanya membolehkan kita menganggak temaya. Apatah lagi majoritinya diadaptasi dari novel tempatan jadi bukan satu roket sains untuk membuat ramalan.

Drama Tempatan:

1. Ariana Rose - novel The Wedding Breaker
2. Aku Isterinya - novel Aku Bukan Mistress
3. Jika Itu Takdirku
4. Kalimah Jiwa
5. Projek Memikat Suami
6. Cerita Cinta Kita
7. Suamiku Perfect 10
8. Romi Cinta Julia

Drama Antarabangsa:

1. The Last Ship
Misi sekumpulan krew kapal perang yang mencari penawar untuk virus yang mengorbankan 80% penduduk dunia. Diterbitkan oleh Michael Bay. Michael Bay turut menerbitkan satu lagi drama bersiri untuk tahun 2014, ‘Black Sails'.
2. Better Call Saul
Siri spin-off dari drama popular, Breaking Bad. Saul Goodman, seorang peguam yang licik menyelesaikan isu-isu anak guamannya.
3. Enlisted
Kisah komedi tentang 3 orang adik beradik yang bertugas sebagai tentera dan ditempatkan di pangkalan yang sama. Salah seorang daripada mereka terpaksa memimpin sekumpulan tentera yang agak bermasalah. 
4. Rake
Diadaptasi dari siri Australia, mengisahkan seorang peguam yang brilliant tapi screw up dengan self-destructive behavior.
5. Extant
Siri sains fiksyen tentang seorang astronaut yang kembali ke bumi. Diterbitkan oleh Steven Spielberg.
6. Helix
Kisah thriller sekumpulan saintis yang ditugaskan di makmal khas untuk menyiasat potensi deadly virus. Sebaliknya, mereka diuji dengan situasi hidup-mati dan kesannya yang mungkin menimpa populasi bumi. 
7. Mind Games
Dua adik beradik memberikan perkhidmatan konsultansi untuk mengubah kehidupan pelanggan dengan mengunakan psikologi dan manipulasi kejuruteraan sosial. Seorang genius dan seorang lagi, ex-con. Keputusannya – syarikat konsultansi!
8. True Detective

Dari senarai ini, persaingan sengit dapat dilihat dari drama-drama baru yang bakal ditayangkan di US. Selain bersaing dengan musim baru drama-drama popular yang sudah established seperti The Walking Dead, Suits, Under the Dome, Game of Thrones dan sebagainya, penerbit memilih tema-tema yang lebih adventure dan rebel. The Last Ship dan Helix mengenai risiko berakhirnya ketamadunan serta Better Call Saul dan Rake tentang peguam yang cuba menyelesaikan isu anak guamannya at all cost. Penyertaan Michael Bay dan kemasukan semula Steven Spielberg ke scene drama tv mungkin menjadi satu exodus untuk penerbit filem untuk meneroka drama TV yang lebih luas sasaran penontonnya. Sekadar meminjam ayat sahabat saya, menonton drama TV ini is to let the character grow in you. Saya berharap biarlah karakter yang baik dan produktif sahaja yang grow. Buatnya yang grow dalam diri ini jenis yang menganiaya pasangan yang dikahwini secara paksa dan bermain seks dengan yang lain, haru jadinya.

Untuk drama tempatan pula, er saya tidak ada komen. Sekadar menjelaskan, saya tidak dapat membuat perbandingan genre atau tema yang sama dalam artikel terdahulu disebabkan di US, tidak ada tema siri popular yang berdasarkan cinta 100%. Cinta sekadar perisa tambahan dan babak emosinya tidak berlebihan. Kalau ada sekalipun, maka mesej utama yang cuba diterapkan mungkin tidak sampai. Lagipun perbandingan dibuat antara drama popular tempatan dan drama popular US. Saya ulangi sekali lagi, perbandingannya adalah berkisarkan tentang DRAMA POPULAR. Dari sini, kita dapat melakukan pemerhatian dan membentuk hipotesis awal tentang pembudayaan drama TV satu-satu masyarakat. Dan suka saya nyatakan apa yang saya buat bukan untuk merendahkan bangsa sendiri. Meminjam ayat sahabat saya, saya cuma mengeletek pemikiran individu. Lebih baik dilukakan sedikit dengan pisau lipat (kritikan) dari membiarkan diri ditusuk pedang samurai beratus-ratus kali (status quo).

Seperti yang kita sedia maklum, di US drama TV diberi hayat tertentu. Ada rancangan yang dibatalkan biarpun belum lengkap semusim. Maka, penerbit, pengarah dan penulis skripnya bekerja keras dalam memastikan kesinambungan karya mereka. Ini mewujudkan satu mutu kerja yang berkualiti. The survival of the fittest, so to speak. Drama TV di Malaysia pula mengambil pendekatan yang berbeza. Tidak ada ultimatum begini, asalkan mengikut landasan yang sama, ada potensi untuk terus diminati. Namun keghairahan menonton drama sebegini tidak dapat dipanjangkan atau ringkas kata, short live. Tidak ada sambungan musim ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya kerana idea dan skop penceritaan mudah disimpulkan - Pasangan yang sebelum ini bermain seks dengan orang lain, kini insaf dan bahagia bersama. End of story.

Begitulah apa yang ada di stor tahun 2014. Dijangkakan tiada perubahan radikal mahupun evolusi walau sekelumit di scene drama tempatan. Sementara persaingan sengit di drama US memungkinkan lebih banyak revolusi tercetus dengan tema perceritaan menjadi lebih saintifik dan menarik. Tahun 2014 akan jadi tahun yang mencabar dengan kos kehidupan semakin meningkat, jadi sekurang-kurangnya pastikan anda memilih hiburan berprestasi tinggi dan berpotensi untuk memberikan inspirasi untuk bekerja keras dan menghasilkan idea bernas. Ya, anda boleh memilih untuk terus horny dengan emosi tetapi berpada-padalah. Emosi berlebihan mungkin menyebabkan ejakulasi pramatang apabila cuba merembes emosi sebenar di kemudian hari. Jadi, cubalah variasi baru dan serap lebih bahan berinspirasi.


Selamat Menonton dan Selamat Tahun Baru 2014!

Thursday, November 14, 2013

Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu


Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.


Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.


Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin


Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):


Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)

Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:


House MD (perubatan/socratic method)

Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.


Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.


Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.


Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.


Produktivi


Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.


TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris


Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.


Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.


Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.


Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?


Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.


Pilihlah sendiri.