Sunday, January 5, 2014

Bagaimana Realiti TV Menjejaskan Generasi Pemuzik & Masyarakat


It is destroying the next generation of musicians! kata Dave Grohl, frontman kumpulan Foo Fighters ketika merujuk kepada program Realiti TV, The Voice. Tegas beliau, pemuzik sepatutnya menjadi 'true' kepada diri sendiri instead dari mengejar kesempurnaan dan dijadikan tumpuan dramatik dalam Realiti TV. Majoriti program Realiti TV hanya berkisar kepada penyanyi yang tekun kepada harapan program, populariti segera serta komen-komen dari juri. "You kena zahirkan muka you macam lelaki yang hilang arah bertahun lamanya", "Oh I love the way you bermain mata dengan audien" dan banyak lagi komen-komen yang senada. Jadi, isu ini perlu dibincangkan dan sebagai perisa tambahan, diselitkan juga kenapa berita-berita hiburan yang memberi fokus kepada gosip dan isu peribadi selebriti boleh memberi kesan yang tidak produktif kepada masyarakat. 

Sebagai penafian, artikel ini bukan hendak mempromosi budaya hedonisme. Bahkan untuk mengurus zon hiburan diri agar terkawal dari emosi dan pelbagai perkara berkaitan hiburan yang tidak produktif.

Realiti Sebenar Program Realiti TV

Beribu-ribu orang berbaris menanti giliran mereka diaudisyen. Kemudian mereka menyanyi sepenuh hati selama beberapa saat sebelum ditentukan sama ada layak ke saringan seterusnya. Tiba di peringkat akhir, salah seorang akan disingkirkan hampir setiap minggu. Emosi dan unsur dramatik dikapitalkan sepenuhnya di peringkat ini. 

Untuk melahirkan ‘bintang' ini pula, Pengacara berkhutbah mengingatkan penonton agar segera mengundi atau salah satu peserta kegemaran mereka akan tersingkir. Seolah-olah beban emosi dipindahkan sepenuhnya kepada penonton. Rumusannya, majoriti terkenal dengan segera dan hilang dari radar utama hiburan juga dengan segera. 

Pemuzik

Awal 60-an, John Lennon dan Paul McCartney berganding bahu menulis lagu The Beatles dan jumlah keseluruhan lagu yang ditulis mencecah lebih 160 buah lagu. Semasa tahun-tahun formatif The Beatles (1960 - 1964), mereka melakukan lebih kurang 1,200 persembahan pentas. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tanpa syak lagi adalah ikon produktiviti pemuzik negara apabila menghasilkan 360 buah lagu meskipun mempunyai komitmen pengarahan dan lakonan filem. Loque dari Butterfingers/Monoloque yang berkelulusan Ijazah double major dalam music synthesis dan composition ini pula gemar bereksperimen menerusi muzik. Pengalaman dan pengetahuannya terserlah bila memberi komen yang padat dengan pengetahuan muzik di rancangan muzik Versus bagaikan beliau seorang wikipedia muzik yang bergerak.

Contoh-contoh diatas adalah kenapa program hiburan dan masyarakat perlu mengutamakan pemuzik berbanding penyanyi semata-mata yang bergraduan dari program Realiti TV. The Beatles, P. Ramlee, Loque serta banyak lagi pemuzik bermula dengan kerja keras dan menghasilkan karya-karya sendiri dan disebabkan itulah Dave Grohl mengatakan The Musician Comes First! 

Tanpa karya sendiri, warisan pencapaian berkemungkinan besar akan terhad kepada hanya populariti segera tetapi sementara. Dari sekian banyak graduan Realiti TV tempatan, hanya segelintir sahaja yang memberikan impak. Namun, penerbit Realiti TV tetap mempertaruhkan formula yang sama. Disebabkan itu, kritikan Dave Grohl ada meritnya. 30 atau 40 tahun akan datang, mampukah masyarakat menerangkan pengalaman seni mereka sendiri? Di mana pemuzik seperti Led Zeppelin, P. Ramlee, The Beatles, The Rolling Stones, Bob Dylan dan Sudirman untuk versi awal abad ke-21? Kenapa ada jurang kreativiti yang berdekad lamanya? Adakah masyarakat ketika itu hanya mampu menjawab mereka hanya obses menonton Realiti TV? Atau bertahan dengan alasan klasik bahawa semua ini adalah disebabkan adanya permintaan?

Disebabkan itu, Realiti TV boleh menjejaskan penghasilan Generasi pemuzik dan merendahkan nilai pengalaman seni untuk masyarakat. Penonton yang bersorak dan mengalir air mata akhirnya menyedari bintang mereka hanya terang sekejap. Sementara pemuzik dan penyanyi perlu meneroka cara yang ‘true' untuk berkarya instead berbaris beribu-ribu untuk diaudisyen. Mujurlah Yuna walau disingkirkan di peringkat the last 40 oleh satu program Realiti TV menemui jalan sendiri sehingga lebih menyerlah dari mana-mana juara yang dihasilkan oleh Realiti TV. Dan Yuna melakukan semua ini tanpa perlu mendengar komen-komen juri dan terikat dengan rayuan secara telepati iaitu 'undilah saya atau saya tersingkir sambil rakan peserta dan penonton menangis'.

Tentukan sendiri pilihan anda, sama ada mahu menikmati karya yang true atau terus menjadi bahan sasaran Realiti TV. Akhir kata, dengar dan nikmatilah persembahan muzik agar lebih bersemangat. Bukannya diliwat emosi akibat penyingkiran peserta. 

- Mizan Hashri