Tuesday, December 31, 2013

Drama TV 2014: Revolusi, Evolusi & Gambaran Awal


2014 bakal menjadi tahun yang mencabar dari segi kos sara hidup dan biarpun penceramah motivasi mengingatkan kita agar jangan menonton TV sampai 5 jam, tiada salahnya untuk kita berehat seketika sekadar melepas penat lelah dan kemudian kembali bekerja keras, meraih ilmu atau sibuk dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

Berikut merupakan senarai siri-siri baru yang akan mewarnai scene drama tempatan dan juga antarabangsa. Tanpa prejudis, senarai ini dikongsi sekadar untuk memberikan pilihan dan gambaran awal tentang apa yang bakal dicerna dari kaca TV untuk tahun 2014. Ini bukanlah senarai cadangan kerana kebanyakkannya masih belum disiarkan jadi belum boleh ditentukan sama ada berbaloi untuk ditonton atau tidak. Saya tidak memberikan sebarang deskripsi untuk drama tempatan kerana judul dramanya membolehkan kita menganggak temaya. Apatah lagi majoritinya diadaptasi dari novel tempatan jadi bukan satu roket sains untuk membuat ramalan.

Drama Tempatan:

1. Ariana Rose - novel The Wedding Breaker
2. Aku Isterinya - novel Aku Bukan Mistress
3. Jika Itu Takdirku
4. Kalimah Jiwa
5. Projek Memikat Suami
6. Cerita Cinta Kita
7. Suamiku Perfect 10
8. Romi Cinta Julia

Drama Antarabangsa:

1. The Last Ship
Misi sekumpulan krew kapal perang yang mencari penawar untuk virus yang mengorbankan 80% penduduk dunia. Diterbitkan oleh Michael Bay. Michael Bay turut menerbitkan satu lagi drama bersiri untuk tahun 2014, ‘Black Sails'.
2. Better Call Saul
Siri spin-off dari drama popular, Breaking Bad. Saul Goodman, seorang peguam yang licik menyelesaikan isu-isu anak guamannya.
3. Enlisted
Kisah komedi tentang 3 orang adik beradik yang bertugas sebagai tentera dan ditempatkan di pangkalan yang sama. Salah seorang daripada mereka terpaksa memimpin sekumpulan tentera yang agak bermasalah. 
4. Rake
Diadaptasi dari siri Australia, mengisahkan seorang peguam yang brilliant tapi screw up dengan self-destructive behavior.
5. Extant
Siri sains fiksyen tentang seorang astronaut yang kembali ke bumi. Diterbitkan oleh Steven Spielberg.
6. Helix
Kisah thriller sekumpulan saintis yang ditugaskan di makmal khas untuk menyiasat potensi deadly virus. Sebaliknya, mereka diuji dengan situasi hidup-mati dan kesannya yang mungkin menimpa populasi bumi. 
7. Mind Games
Dua adik beradik memberikan perkhidmatan konsultansi untuk mengubah kehidupan pelanggan dengan mengunakan psikologi dan manipulasi kejuruteraan sosial. Seorang genius dan seorang lagi, ex-con. Keputusannya – syarikat konsultansi!
8. True Detective

Dari senarai ini, persaingan sengit dapat dilihat dari drama-drama baru yang bakal ditayangkan di US. Selain bersaing dengan musim baru drama-drama popular yang sudah established seperti The Walking Dead, Suits, Under the Dome, Game of Thrones dan sebagainya, penerbit memilih tema-tema yang lebih adventure dan rebel. The Last Ship dan Helix mengenai risiko berakhirnya ketamadunan serta Better Call Saul dan Rake tentang peguam yang cuba menyelesaikan isu anak guamannya at all cost. Penyertaan Michael Bay dan kemasukan semula Steven Spielberg ke scene drama tv mungkin menjadi satu exodus untuk penerbit filem untuk meneroka drama TV yang lebih luas sasaran penontonnya. Sekadar meminjam ayat sahabat saya, menonton drama TV ini is to let the character grow in you. Saya berharap biarlah karakter yang baik dan produktif sahaja yang grow. Buatnya yang grow dalam diri ini jenis yang menganiaya pasangan yang dikahwini secara paksa dan bermain seks dengan yang lain, haru jadinya.

Untuk drama tempatan pula, er saya tidak ada komen. Sekadar menjelaskan, saya tidak dapat membuat perbandingan genre atau tema yang sama dalam artikel terdahulu disebabkan di US, tidak ada tema siri popular yang berdasarkan cinta 100%. Cinta sekadar perisa tambahan dan babak emosinya tidak berlebihan. Kalau ada sekalipun, maka mesej utama yang cuba diterapkan mungkin tidak sampai. Lagipun perbandingan dibuat antara drama popular tempatan dan drama popular US. Saya ulangi sekali lagi, perbandingannya adalah berkisarkan tentang DRAMA POPULAR. Dari sini, kita dapat melakukan pemerhatian dan membentuk hipotesis awal tentang pembudayaan drama TV satu-satu masyarakat. Dan suka saya nyatakan apa yang saya buat bukan untuk merendahkan bangsa sendiri. Meminjam ayat sahabat saya, saya cuma mengeletek pemikiran individu. Lebih baik dilukakan sedikit dengan pisau lipat (kritikan) dari membiarkan diri ditusuk pedang samurai beratus-ratus kali (status quo).

Seperti yang kita sedia maklum, di US drama TV diberi hayat tertentu. Ada rancangan yang dibatalkan biarpun belum lengkap semusim. Maka, penerbit, pengarah dan penulis skripnya bekerja keras dalam memastikan kesinambungan karya mereka. Ini mewujudkan satu mutu kerja yang berkualiti. The survival of the fittest, so to speak. Drama TV di Malaysia pula mengambil pendekatan yang berbeza. Tidak ada ultimatum begini, asalkan mengikut landasan yang sama, ada potensi untuk terus diminati. Namun keghairahan menonton drama sebegini tidak dapat dipanjangkan atau ringkas kata, short live. Tidak ada sambungan musim ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya kerana idea dan skop penceritaan mudah disimpulkan - Pasangan yang sebelum ini bermain seks dengan orang lain, kini insaf dan bahagia bersama. End of story.

Begitulah apa yang ada di stor tahun 2014. Dijangkakan tiada perubahan radikal mahupun evolusi walau sekelumit di scene drama tempatan. Sementara persaingan sengit di drama US memungkinkan lebih banyak revolusi tercetus dengan tema perceritaan menjadi lebih saintifik dan menarik. Tahun 2014 akan jadi tahun yang mencabar dengan kos kehidupan semakin meningkat, jadi sekurang-kurangnya pastikan anda memilih hiburan berprestasi tinggi dan berpotensi untuk memberikan inspirasi untuk bekerja keras dan menghasilkan idea bernas. Ya, anda boleh memilih untuk terus horny dengan emosi tetapi berpada-padalah. Emosi berlebihan mungkin menyebabkan ejakulasi pramatang apabila cuba merembes emosi sebenar di kemudian hari. Jadi, cubalah variasi baru dan serap lebih bahan berinspirasi.


Selamat Menonton dan Selamat Tahun Baru 2014!